Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI: Cara Beli Rumah Tanpa Slip Gaji

Beli Rumah Tanpa Slip Gaji

Dulu, orang yang kerja sendiri atau buat kerja gig macam rider dan driver e-hailing memang susah nak dapat loan rumah. Bank selalu reject sebab takde slip gaji tetap. Tapi sekarang dah ada jalan dengan adanya Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI atau SJKP MADANI.

Skim ni diperkenalkan kerajaan untuk bantu golongan yang ada pendapatan tapi tak formal. Maknanya, walaupun anda tak kerja makan gaji, masih boleh apply pinjaman rumah dengan sokongan jaminan kerajaan.

Apa Beza SJKP Biasa Dan SJKP MADANI

SJKP dah wujud lama, tapi SJKP MADANI ni versi yang ditambah baik dengan beberapa kelebihan baru.

Perkara SJKP Biasa SJKP MADANI
Had Harga Rumah Sehingga RM500,000 Sehingga RM360,000
Margin Pinjaman 100% Sehingga 120%
Kos Tambahan Tak termasuk Termasuk kos guaman, MRTA, ubah suai

Yang menariknya, SJKP MADANI bagi margin sampai 120%. Maksudnya, selain harga rumah, kos lain macam guaman, insurans MRTA, dan sikit renovation pun boleh dimasukkan sekali dalam loan. Tak perlu keluar duit poket banyak di awal.

Siapa Yang Layak

Skim ni khas untuk mereka yang tak ada pendapatan tetap. Ini termasuk peniaga kecil, pekerja gig seperti rider Grab dan Foodpanda, driver e-hailing, freelancer, dan orang yang kerja kontrak jangka pendek.

Syarat asas yang kena penuhi adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Ini mestilah pembelian rumah pertama untuk didiami sendiri. Jumlah komitmen bulanan termasuk loan baru tak boleh lebih 65% dari pendapatan.

Rekod kredit juga penting. CCRIS anda tak boleh ada tunggakan lebih 2 bulan dalam tempoh setahun yang lepas. Kalau ada rekod buruk, kemungkinan besar permohonan akan ditolak.

Dokumen Yang Diperlukan

Sebab takde slip gaji, bank perlukan bukti pendapatan dalam bentuk lain. Yang paling penting adalah penyata bank 6 hingga 12 bulan yang tunjukkan aliran duit masuk yang konsisten.

Selain tu, kena ada surat pengesahan pendapatan dari pihak yang diberi kuasa. Ini boleh dapat dari Penghulu, Ketua Kampung, Pegawai Kerajaan Kumpulan A, atau pengerusi JKKK. Surat tu kena nyatakan nama, nombor MyKad, sumber pendapatan, anggaran pendapatan bulanan, dan tempoh berniaga kalau ada.

Kalau ada lesen perniagaan atau permit, bawa sekali. Ini boleh jadi bukti tambahan yang kukuhkan permohonan.

Cara Memohon

Permohonan SJKP tak boleh buat terus dengan SJKP. Anda kena pergi ke bank yang jadi rakan kongsi skim ni.

Antara bank yang terlibat termasuk Maybank, CIMB, Bank Islam, BSN, Bank Muamalat dan beberapa lagi. Pergi je ke mana-mana cawangan bank ni dan beritahu nak apply loan rumah melalui SJKP MADANI.

Pegawai bank akan guide proses seterusnya. Mereka akan semak kelayakan, kumpul dokumen, dan hantar permohonan untuk kelulusan.

Tips Untuk Lulus

Pastikan penyata bank anda cantik sebelum apply. Maksudnya, ada aliran duit masuk yang tetap dan konsisten selama beberapa bulan. Kalau bulan ni ada banyak, bulan depan kosong, bank akan ragu.

Cuba kurangkan komitmen lain dulu. Kalau ada hutang kad kredit atau personal loan yang boleh diselesaikan, bayar dulu. Ini akan improve nisbah komitmen anda.

Jangan apply banyak tempat serentak. Setiap kali bank check CCRIS, ada rekod. Kalau terlalu banyak semakan dalam masa singkat, bank akan suspect anda desperate dan mungkin tolak.

Semakan Kelayakan

Sebelum apply, boleh buat semakan awal di portal rasmi SJKP. Pergi ke www.sjkp.com.my dan guna fungsi semak kelayakan. Masukkan maklumat asas dan sistem akan bagi anggaran sama ada anda layak atau tak.

Tapi ingat, semakan ni hanya anggaran. Keputusan sebenar tetap bergantung kepada penilaian bank nanti.

Penting: SJKP tidak mengenakan sebarang yuran kepada pemohon. Berhati-hati dengan pihak yang minta bayaran untuk proses permohonan.