Tarikh Penting Bantuan 2026
Setiap tahun ada banyak bantuan kerajaan yang dibuka pada masa berbeza. Masalahnya, ramai yang terlepas sebab tak tahu bila tarikh permohonan atau pembayaran. Artikel ni compile semua tarikh penting dalam satu tempat supaya senang nak rujuk.
Bookmark page ni dan check dari semasa ke semasa. Kami akan update bila ada pengumuman baru dari kerajaan.
Januari 2026
Awal tahun biasanya masa pembayaran fasa pertama untuk kebanyakan bantuan.
| Tarikh | Perkara |
| Awal Januari | Pembayaran STR 2026 Fasa 1 dijangka bermula |
| Januari | Kredit SARA 2026 mula dikreditkan ke MyKad |
| Sepanjang bulan | Bantuan JKM dibayar seperti biasa |
Untuk STR, tarikh tepat pembayaran Fasa 1 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan. Biasanya dalam minggu pertama atau kedua Januari.
Februari 2026
Bulan Februari biasanya ada pengumuman tambahan dan pembayaran susulan.
SARA untuk semua warganegara 18 tahun ke atas dijangka bermula pada bulan ini. Ini adalah kredit one-off yang berbeza dari SARA bulanan untuk penerima STR.
Pembayaran gaji minimum baru juga berkuatkuasa sepenuhnya untuk semua majikan tanpa pengecualian.
Mac – April 2026
Tempoh ini biasanya ada pembayaran STR Fasa 2. Tarikh tepat akan diumumkan kemudian.
Untuk bantuan negeri seperti BINGKAS Selangor, pembayaran bulanan diteruskan seperti biasa bagi penerima sedia ada.
Permohonan bantuan pelajar IPT untuk sesi baharu biasanya dibuka dalam tempoh ini. Pantau portal masing-masing untuk maklumat terkini.
Pertengahan Tahun
Bulan Mei hingga Julai biasanya tempoh yang lebih tenang dari segi bantuan baru. Tapi ini masa yang baik untuk:
Kemaskini maklumat dalam sistem jika ada perubahan. Semak status permohonan yang masih pending. Pastikan dokumen untuk permohonan akan datang dah lengkap.
Pembayaran STR Fasa 3 dijangka dalam tempoh ini, biasanya sekitar bulan Mei atau Jun.
Ogos – September 2026
Ini musim persekolahan dan kemasukan IPT. Banyak bantuan pendidikan dibuka:
Baucar Buku MADANI untuk pelajar IPT biasanya bermula pada bulan Ogos. Bantuan awal persekolahan dari kerajaan negeri juga dibuka. Permohonan PTPTN untuk pelajar baharu dalam proses.
Untuk BUDI95, kuota bulanan terus seperti biasa. Pastikan MyKad dan lesen memandu sentiasa aktif.
Oktober – November 2026
Ini tempoh paling penting untuk permohonan tahun berikutnya.
Permohonan STR 2027 dijangka dibuka pada pertengahan Oktober. Jangan tunggu last minute, mohon awal supaya layak untuk Fasa 1 tahun depan.
Pembayaran STR 2026 Fasa 4 juga dijangka dalam tempoh ini, biasanya diawalkan sempena Deepavali.
Disember 2026
Bulan terakhir tahun ada beberapa tarikh kritikal yang tak boleh miss.
| Tarikh | Perkara |
| 12 Disember | Tarikh akhir tebus Baucar Buku MADANI (anggaran) |
| 31 Disember | Baki SARA 2026 akan luput jika tak digunakan |
| 31 Disember | Tarikh akhir kemaskini STR 2027 untuk Fasa 1 |
Pastikan semua baki SARA dihabiskan sebelum 31 Disember. Baki yang tak digunakan akan hangus dan tak dibawa ke tahun baru.
Bantuan Sepanjang Tahun
Ada juga bantuan yang boleh dimohon bila-bila masa tanpa tertakluk kepada tempoh tertentu:
Bantuan JKM seperti BWE, BOK, dan BKK boleh dimohon sepanjang tahun. Pendaftaran eKasih juga dibuka sepanjang tahun di pejabat daerah. SJKP untuk pembelian rumah boleh dimohon bila-bila melalui bank.
Untuk bantuan bencana seperti bantuan banjir, permohonan dibuka bila bencana berlaku. Tak ada tarikh tetap sebab bergantung kepada situasi.
Cara Tak Terlepas Tarikh Penting
Set reminder dalam phone untuk tarikh-tarikh utama. Follow akaun media sosial rasmi kementerian dan agensi berkaitan untuk pengumuman terkini.
Bookmark page ni dan check balik dari semasa ke semasa. Kami akan update bila ada perubahan tarikh atau pengumuman baru.
Nota: Tarikh di atas adalah anggaran berdasarkan corak tahun-tahun sebelumnya. Tarikh sebenar tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan.